TANDA UKHWAH DAN PERKONGSIAN  

Posted by azlanlin

:: SILAKAN MENDAFTAR TANDA UKHWAH SESAMA KITA ::
1. Isikan butiran diri anda mengikut 'form' yang disediakan. Then, refresh untuk melihat data terkini.
2. Anda juga uploadkan bahan-bahan yang difikirkan sesuai untuk bacaan/kegunaan kita untuk kita. Usah lokek-lokek untuk kegunaan sendiri saja. Singkirkan tohmahan orang bahawa student Malaysia agak KEDEKUT dengan bahan sendiri.. :)

Sila REFRESH setelah anda MENDAFTAR untuk melihat PAPARANnya. Terima kasih


KEBAIKANNYA:
Kita boleh hubungi sesama kita untuk bertukar idea dan pandangan. Manfaatkan ke arah kebaikan.


Semoga anda beroleh KEBAHAGIAAN dan KEPUASAN setlah anda panjangkan ILMU yang anda miliki.
TIDAK BERFOKUS pada bahan Pengurusan Pendidikan sahaja. Apa saja ilmu yang boleh dimanfaatkan. Sila REFRESH setelah anda UPLOAD bahan anda.
Terima kasih


Sila LIHAT bahan yang kita KONGSI BERSAMA

BERNAFAS : Kembali ke pangkal jalan  

Posted by azlanlin





Assalamualaikum buat semua pembaca dan pengikut blog ini.


Sudah agak lama saya tidak update sebarang berita dalam blog 'Berani dan Bertahan' ini. Hari ini saya mula meninjau2 blog ini dan saya dapati penambahan nama-nama yang mendaftar dan berkongsi maklumat pada ruang yang saya sediakan. Terima kasih saya ucapkan.

Untuk maklumat semua, blog 'Berani dan Bertahan' telah dihasilkan sewaktu tempoh pengajian saya untuk peringkat sarjana di UPSI (Dis 2008 - Mac 2011). Dalam tempoh tersebut, pelbagai dugaan dan rintangan telah saya hadapi. Manakala, semangat sebagai seorang pelajar naik dan turun, mencanak dan merudum. Bagi saya, semua yang dilalui adalah 'satu proses' yang biasa. Adakalanya berasakan seperti bernafas dalam lumpur. Adakalanya bernafas dengan bekalan udara yang segar. Pastinya, dalam kalangan pembaca blog 'Berani dan Bertahan ini adalah seorang pelajar peringkat sarjana atau doktor falsafah, kalian juga akan melaluinya.


Saya juga telah menjalani proses viva bagi membentangkan hasil kajian saya. Proses viva juga agak menarik. Ketika menerima surat panggilan viva di UPSI, saya telah mula bertugas di IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Al-maklumlah setelah mula bertugas kembali dan perlu menghadiri proses viva, pastinya tesis/kajian yang lengkap telah mula dilupakan. Saya terpaksa membaca dan mengingat semula berkaitan kajian itu. Fuhhh... satu proses yang melemaskan.

Bersama penyelia, Dr Jamal (tengah) dalam bilik Viva

Akhirnya, proses itu saya lalui dengan tabah dan menerima 'pembetulan dalam tempoh 3 bulan. Tanpa membuang masa akibat kesibukan tugas dan kerjaya, saya menyiapkan pembetulan kecil itu dalam tempoh seminggu. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada isteri saya yang membantu menguruskan proses penghantaran tesis yang sudah dibetulkan di UPSI.

Banner sewaktu Majlis Konvokesyen ke 13

Saat yang menggembirakan ialah apabila saya menrima surat panggilan untuk menghadiri Majlis Konvokesyen UPSI kali ke-13 pada 26-31 Julai 2011. Saya termasuk dalam sidang 1 pada hari pertama majlis konvokesyen itu. Alhamdulillah, segalanya berbaloi dengan penat lelah yang dilalui. InsyaAllah, sambungan pengajian ke peringkat ketiga (Doktor Falsafah) sedang dirancang agar berlangsung dengan tenang dan teratur. Kemungkinan besar, untuk peringkat PhD pula, saya akan kembali semula dalam bidang Psikologi agar seiring dengan ijazah pertama saya.

Bersama 'Anugerah' di Majlis Konvokesyen



HLP : Muncul lagi untuk Sarjana atau Kedoktoran  

Posted by azlanlin in ,

Bagi pegawai yang berkhidmat di bawah KPM dan berminat untuk menyambung pengajian di perangkat Sarjana atau Kedoktoran, sila baca makluman di bawah :

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah membuka tawaran Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) Sesi 2012 kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang sedang berkhidmat dengan KPM bagi melanjutkan pengajian di peringkat Kedoktoran dan Sarjana di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam negara.

Permohonan secara online boleh dibuat melalui laman sesawang KPM mulai 16 Ogos 2011 hingga 16 September 2011. Syarat-syarat kelayakan dan tatacara permohonan boleh diperolehi daripada laman sesawang tersebut.

Sila Klik : http://apps.moe.gov.my/ehlp/cbbptb/index.cfm


Sekian, terima kasih.

Bahagian Tajaan Pendidikan

Kementerian Pelajaran Malaysia

Online Jurnal : International Journal of Business and Social Science  

Posted by azlanlin in ,

Sesebuah kajian yang bermutu akan berteraskan kajian-kajian lepas sebagia rujukan dan tanda arah pergerakan kajian baru yang dibuat. Semakin banyak rujukan kajian lepas yang menjadi sandaran, semakin mantap kajian baru yang dilaksanakan.

Oleh itu, saya memberi satu link berkaitan jurnal online [International Journal of Business and Social Science (IJBSS)]. Link ini adalah sebuah laman web jurnal antarabangsa yang boleh diakses secara terbuka oleh sesiapa saja. Klik DI SINI.

Contoh paparan laman web tersebut

Jurnal online ini khususnya berkiatan kajian Sains Sosial. Para pendidik dan pengkaji sewajarnya kerap mengunjungi laman web tersebut kerana terdapat pelbagai kajian terbaru yang diterbitkan secara online.

Anda boleh membuat pendaftaran secara online dengan memasukkan beberapa data yang diperlukan khususnya email anda. Setelah selesai pendaftaran dibuat, anda perlu mengklik link untuk pegesahan aktifkan keahlian anda menerusi email anda. Selamat membaca dan membuat rujukan kajian-kajian yang telah diterbitkan.

Pungutan Data Daerah Hilir Perak  

Posted by azlanlin in



12.08.10 - Khamis :

Salam sejahtera kepada semua pembaca,

Dalam perjalanan balik sembahyang tarawih di Masjid Hulu Bernam, hp aku berbunyi:

Salam bang. Projek dah siap. So, esok abg boleh datang kalau nak ambil.

Lantas, aku membalas sms sambil memandu (jgn ikut cara ini)

Wassalam. Alhamdulillah. Cepatnya. Esok pg aku turun ke Teluk Intan.. Harap2 xde aral melintang.

Sebahagian daripada timbunan soalselidik yang diedarkan
ke sekolah-sekolah rendah Daerah Hilir perak.

Itulah kaedah mengedar soalselidik. Bergantung pada kreativiti masing-masing dalam membuat keputusan cara dan kaedah mengedar, menjawab dan memungut data soalselidik. Ini baru soal selidik daripada PPD Hilir Perak. InsyaAllah, PPD Batang Padang akan menyusul. Semoga pelaksanaan kajian ini berlangsung seperti yang dirancangkan.


Pembentangan proposal / viva  

Posted by azlanlin in

Langkah harus diteruskan. Bersedia dengan pembentangan proposal. Asasnya, ramai yang akan tertanya, apakah butiran yang wajar dimasukkan dalam powerpoint utk dibentangkan?



Inilah contoh paparan powerpoint yang sedang di murnikan. Jika diperhatikan, terdapat beberapa button. Setiap button akan memaparkan butiran penting yan harus dibentangkan. Siap sedia ler..













Kebolehpercayaan soalselidik : Kajian Rintis  

Posted by azlanlin in

Mari kita memulakan langkah untuk menilai kekuatan soal-selidik. Jom kita masukkan data untuk kajian rintis. Boleh percaya ke soal selidik aku?

Jom kita isi data dalam SPSS v18 dan run analisis data untuk mencari cronbach alpha. Data yang ada hanya 30 orang sahaja untuk peringkat kajian rintis ini. Boleh caya ke? Eh..tak caya ke?

Proses memasukkan data yang sedang diselesaikan

Akhirnya, statistik kebolehpercayaan soal selidik aku telah menggunakan pekali Cronbach Alpa. Nilai Cronbach Alpha ialah .932 untuk 32 item soalselidik. Nilai ini dianggap memuaskan.

Alahmdulillah, siap satu fasa awal sebelum memulakan kajian sebenar.

Pengurusan

UPSI Lecturer Website

Followers

Terbitan IPTA Malaysia

Simpanan

Katakanlah..

Perihal Aku

My Photo

sebelum ini:
15,jln perwira 1/9,
tmn titiwangsa,
86000 kluang,jhr
(kini)
no9, jln pelangi 2,
Tmn pelangi,
tjg malim.
Email : azlanlinn@yahoo.com
Tel : 019-7779327

Berapa Ramai?